sehari bersama junior....

Monday, March 22, 2010

salam diberi pembuka bicara...
assalammualaikum wbt..

Pada 30 januari 2010, kami telah mengadakan aktiviti riadah iaitu Program Sehari Bersama Junior. Aktiviti ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Ia diadakan bertujuan untuk meraikan pelajar tahun satu Program Pentadbiran Korporat dan Hubungan.

Ia disertai oleh 29 orang pelajar tahun satu dan 30 orang pelajar tahun dua Program Pentadbiran Korporat dan Hubungan. Namun terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat mengikuti aktiviti ini kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Cari dan Kenal, Tak Seindah Wajah, Tak Kenal Maka Taaruf, Si Bisu dan Si Buta, Kotak Berirama, dan Cebisan Lirik. Semua aktiviti tersebut telah dikendalikan oleh pelajar tahun dua Program ini. Antara AJK yang bertanggungjawab mengendalikan aktiviti tersebut ialah Nur Saadah, Nurul Muazzah, Nurul Aina, Nik Nurul, Mohd Haziq, Abdul Hakim, Mohd Fikri dan Abdul Zainol.

Sarapan pagi pelajar ialah nasi lemak dan teh panas. Makanan tengah hari ialah nasi berlauk. Semua makanan telah ditempah untuk kemudahan pelajar.

pada hari tersebut, kami berasa amat gembira dan seronok..dengan program ini jugalah kami dapat mengenali antara satu sama lain. (",)

semua peserta berkumpul bagi memulakan program. program ini dimulakan dengan senaman ringan..supaya anggota badan kita tak terkejut nanti..hehe



proses mendapatkan tandatangan..cari jgn tak cari...






peserta-peserta lelaki yang khusyu' mendengar taklimat...






inilah hasil lukisan wajah sendiri dengan menggunakan tangan yang tidak biasa digunakan..masing-masing berbakat sebenarnya...=)




Majlis penutp telah dirasmikan oleh Ketua Program Pentadbiran Korporat dan Hubungan iaitu Dr. Nursilah. Beliau meanggap aktiviti ini telah dijalankan dengan jayanya dan berharap pada masa akan datang dapat dipertingkatkan lagi.


2 comments:

pena abid said...
This comment has been removed by the author.
pena abid said...

good job kwan2...terrrrbbbaaaiiikkk=)