sangka-sangka

Saturday, September 12, 2009

Jika dirimu bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik dari kamu. ucapkanlah dalam hatimu "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan tinggi dariku"


Jika bertemu anak kecil,maka ucapkanlah(dalam hatimu) "anak ini belum bermaksiat kepada Allah sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."

Jika bertemu orang tua maka ucapkanlah(dalam hatimu) "Dia telah beribadah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu seorang yang berilmu, maka ucapkanlah(dalam hatimu)Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku peroleh, memcapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tntu dia lebih baik dariku"

Jika bertemu seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) " Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh(tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku kelak. Dia tentu lebih baik dariku kelak"

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah(dalam hatimu) "aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

p/s:sentiaselah kite berpesan2 dan ingat mengingati sesama kite..selamat menyambut ramadhan al mubarak....(T_T)