Ia disertai oleh 29 orang pelajar tahun satu dan 30 orang pelajar tahun dua Program Pentadbiran Korporat dan Hubungan. Namun terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat mengikuti aktiviti ini kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
Antara aktiviti yang diadakan ialah Cari dan Kenal, Tak Seindah Wajah, Tak Kenal Maka Taaruf, Si Bisu dan Si Buta, Kotak Berirama, dan Cebisan Lirik. Semua aktiviti tersebut telah dikendalikan oleh pelajar tahun dua Program ini. Antara AJK yang bertanggungjawab mengendalikan aktiviti tersebut ialah Nur Saadah, Nurul Muazzah, Nurul Aina, Nik Nurul, Mohd Haziq, Abdul Hakim, Mohd Fikri dan Abdul Zainol.
Sarapan pagi pelajar ialah nasi lemak dan teh panas. Makanan tengah hari ialah nasi berlauk. Semua makanan telah ditempah untuk kemudahan pelajar.
pada hari tersebut, kami berasa amat gembira dan seronok..dengan program ini jugalah kami dapat mengenali antara satu sama lain. (",)
Majlis penutp telah dirasmikan oleh Ketua Program Pentadbiran Korporat dan Hubungan iaitu Dr. Nursilah. Beliau meanggap aktiviti ini telah dijalankan dengan jayanya dan berharap pada masa akan datang dapat dipertingkatkan lagi.